Monday, November 22, 2010

Harapan, Impian & Cita-Cita



Bberapa hari lagi, hari konvokesyen akan berlansung. Hari yg diimpikan dan dinantikan, bukan sahaja aku tp semua yg bgelar student. Sukar digambarkan dgn kata dan diluahkan oleh bibir utk berbicara. Setelah 3thn menuntut ilmu dan mengutip sebanyak yg mungkin pengalaman dan pengajaran, akhirnya hari kemenangan bakal menjelma. Bermacam dugaan dan cabaran telah ditempuhi sepanjang 3thn ini bukan terlalu senang utk ditempuhi tanpa adanya semangat dan kesabaran yg tinggi. Namun segalanya tlh berjaya diharungi dgn berkat doa keluarga tercinta, sokongan teman-teman yg tak pernah lelah memberi semangat, dan pensyarah-pensyarah yg tlh banyak bekorban utk memberi ilmu sebanyak yg mampu serta tak alpa utk mengingatkan tentang erti sebuah kejayaan. Aku berterima kasih pd semua yg hadir dan menjadi tulang belakang sehingga aku mampu berdiri dgn baik dan menjadikan siapa aku hari ini. Tanpa mereka tak mungkin harapa, impian dn cita-cita akan tercapai. Terima Kasih! Kalian amat bermakna dlm diari perjalanan hidup ini.

Aku masih ingat sebelum kaki ini melangkah ke universiti, bermacam cara tlh aku lakukan utk berjaya dan lulus dlm setiap pelajaran, bermacam benda tlh aku korbankan demi utk meraih tempat mnjadi pelajar cemerlang di sekolah dan bermacam kata-kata semangat tlh aku tanamkan dlm diri supaya mnjadi sumber motivasi utk terus melangkah mencapai kejayaan. Semuanya hanya krn harapan utk berjaya dlm spm, semuanya hanya krn impian utk memasuki universiti dan semuanya hanya krn cita-cita utk menjadi seorang yg berjaya. Semuanya hanya krn harapan, impian dan cita-cita.

Pelajar lain mungkin tlh di anugerahkan dgn kecerdikan dan akal yg pintar tp tdk malu utk aku akui bhawa diri ini tdk dilahirkan dgn kecerdikan dan kepintaran namun aku tlh dinaugerah semangat yg tak pernah pudar dan tak pernah padam yg membuatkan aku terus berusaha dan berusaha utk mencapai segala yg aku inginkan...


Pada usia remaja time sekolah menengah, ramai kengkawan sana sini bercerita ttang cinta, kasih dan sayang. Apabila berkumpul dgn geng perempuan, ada shj cerita cinta mereka yg nak share bersama. Segalanya tentang cinta. Aku hanya mendengar tatkala kawan bcerita tntang cinta mereka, aku hanya tersenyum tatkala kawan ajak ikut sama berdating dan aku hanya pandai berdalih tatkala kawan bertanyakan tntang cintaku. Hahahahaha.....kenangan di zaman sekolah terlalu indah dan manis utk dikenang. Bukan tdk pernah wujuh perasaan utk merasa apa itu cinta di zaman sekolah. Bukan tdk pernah terlintas difikiran bhw diri ini terlalu jemu dan penat utk study, study dan study. Tp segala yg aku lakukan hanya krn tdk ingin leka dan memusnahkan segala harapan, impian dan cita-citaku.




Alhamdulillah segala pengorbanan dan penat lelah yg tlh aku harungi, akhirnya aku adlh di antara senarai pelajar cemerlang di sekolah. Aku tdk minta pujian dr sesiapaun tp aku hanya bangga pd diri sendiri krn aku mampu menahan diri ini drp leka dgn ujian jiwa remaja. 

Kekadang aku terfikir knapa diri ini terlalu ghairah mengejar kejayaan namun aku sedar apa yg aku lakukan hanya krn aku ingin berjaya dan menjadi org yg berguna pd keluarga, agama, masyarakat, dan juga negara. Aku ingin bekerja dan memiliki segalanya dgn hasil aku sendiri. Kerna aku sedar dunia pada hari ini terlalu kejam dan zalim utk di adili. Dunia  hari ini hanya memandang pd pelajaran, pangkat, dan harta. Tp ini tdk bermaksud bhw aku bsikap materialistik. Ini krn aku pernah merasakan pedihnya kemiskinan yg teramat, aku pernah merasakan tajamnya penghinaan, dan aku juga pernah merasa betapa sedihnya diri seseorang tanpa ilmu dan pelajaran. Aku tlh merasakan segalanya sehingga aku nekad utk merubah segalanya. Hidup ini perlu berubah demi kebaikan dan kejayaan bukan krn keburukan dan kehinaan.



Setelah keputusan IPTA diumumkan, aku diantara beribu student yg tlh berjaya meraih tempat di universiti tempatan. Alhamdulillah, syukur pada-Mu Ya Allah.....Kau tlh hadiahkan aku sebuah sinar harapan utk mencapai impian dan cita-citaku. Aku ditawarkan meneruskan pengajian di peringkat diploma di Universiti Teknologi Mara dlm Fakulti Seni Lukis & Seni Reka. Universiti dan fakulti yg aku impikan dr sejak sekolah. Alhamdulilah, syukur.....

Pertama kali kaki ini melangkah ke dunia yg bergelar mahasiswa dan mahasiswi, terlalu sukar dan banyak dugaan yg perlu diharungi dgn penuh kesabaran dan ketabahan. Namun alhamdulillah, segala pahit dan manis yg tlh dilalui, aku bersyukur krn berjaya mnghabiskan pelajaran peringkat diploma dalam jurusan Teknologi Percetakan. Segala ilmu dan pengalaman yg berjaya aku kutip, tdk mudah utk dilupakan begitu saje. Segalanya tersemat dlm memori ingatan ini utk sepanjang hayat.


Kawan-kawan seperjuangan dan juga pensyarah-pensyarah yg banyak membantu dn terus bersabar utk sama-sama memimpin impian sehingga ke landasan terakhir iaitu sehingga semester enam. Walaupun banyak salah faham tlh berlaku dan perselisihan pendapat diantara teman-teman seperjuangan, namun perasaan sayang dan kasih tetap wujud dan mereka adalah memori terindah kepada permulaan sebuah kejayaan. Dengan hadirnya konflik di antara satu sama lain tlh mengajar kita semua tentang erti persahabatan yg sebenar.


Teman seperjuangan


Pensyarah Jabatan Teknologi Percetakan


Bukan senang utk menghabiskan enam semester tanpa ada sebarang kegagalan. Tapi semuanya krn keizinan Tuhan yg sentiasa mendengar segala luahan hati, yg sentiasa mendengar segala tangisan tatkalan menadah memohon kepadaNya, dan sentiasa mendengar segala penat lelah dan pengorbanan yg tlh dilakukan hnya krn sebuah harapan, impian dan cita-cita....


No comments:

Post a Comment