Tuesday, November 23, 2010

Raya Haji Datang Lagi....



Raya haji kali ini datang lagi dan alhamdulillah krn msh dikurniakan umur yg panjang utk menemui kedatangannya kali ini.Walau apapun, hari raya haji mengingatkan kita tntang kisah pngorbanan Nabi Ibrahim krn menunaikan perintah Allah dan sanggup mengorbankan anaknya Nabi Ismail. Nabi Ismail begitu sabar dan mengikut perintah ayahnya Nabi Ibrahim hanya kerana Allah walaupun akan mngorbankan nyawanya sendiri.

Subhanallah....masih adakah manusia pada dunia hari ini yg sanggup bekorbankan apa yg mereka sayangi hnya krn Allah??? Rata2 yg kita lihat pd fenomena dunia hari ini terlalu mengikut kata hati blandaskan nafsu yg membuta tanpa berlandaskan pegangan dan perintah Allah.Saya juga sering mngingatkan diri sendiri bhw kezaliman dan sikap pentingkan diri tlalu bermaharajalela... sehinggakan sifat belas kasihan dan prhatin semakin tengelam dr dunia realiti.

Pd hari raya korban, semua umat islam disunatkan mengenakan pakaian yg plg cantik tp bukan utk mnunjuk2, plg bersih dan juga memakai wangian yg sah utk dbawa solat.Hari Raya korban merupakan pd hari kesepuluh pd bulan Zulhijjah iaitu bulan terakhir dlm kalendar islam. 10 zulhijjah juga mngingatkan kita tntang peristiwa penting dlm sejarah islam iaitu ketika Nabi Adam dan Hawa dikeluarkan dr syurga lalu dturunkan ke bumi secara berasingan. Selepas itu, di padang Arafah menyaksikan pertemuan ptama kali antara Nabi Adam dan Hawa selepas dturunkan ke bumi.

" Tiada amal anak Adam yg lbh disukai Allah pd Hari Raya Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya, binatang yg dkorbankan itu akan dtg kembali pd hari khiamat lengkap dgn tanduk, bulu dan kuku kakinya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelom darah daging itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yg kamu lakukan."
                                                             (Hadis riwayat At-Tarmizi)



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Hari Raya Aidiladha pd kali ini lebih bmakna bg keluarga coz dah btambah 2 org dlm keluarga. Pertama aku dh ada adik ipar dan kedua aku juga ada anak buah yg comel dan cute.. Hehehehehe.... Seperti kebiasaan, setiap kali raya pasti ada sesi bersalaman dan memohon maaf. Biasa la, kadang2 tak sedar time bercakap dn perbuatan kita tu menyakitkan hati org lain. Whatever, mohon maaf kpd semua di atas segala kesilapan dan kesalahan diri ini... Seperti kebiasaan tahun sebelum ini juga, pasti akan ada binatang yg dikorbankan. Sembelihan lembu di buat hadapan rumah aku. Wow agak meriah... I like...


Keluarga tercinta



 Bersama sanak saudara


 Adik, adik ipar dan anak buah


 Bersama anak buah tersayang..


Apa yg paling best setiap kali Hari raya Haji adlh slepas sembelihan dlakukan dhadapan rumah oleh pihak lelaki. Yang sebelah pihak perempuan sibuk dgn rempah ratusnya, masak pe yg patot dan ready utk ambil sebahagian daging sembelih utk dimasak. Apa lg, aku pun sama sbukan diri menolong apa yg patot wlaupun tak da la pndai sgt memasak.. :)) Slepas habis penat memasak, kami semua sanak saudara yg hadir akan makan sama2. Ermmmmm meriah sgt time ni....yg dekat akan drapatkan dan yg jauh akan ddekatkan.Silaturrahim mula terjalin...

Td baru hari raya pertama, raya kedua plak buat lagi kenduri akikah. Panggil org masjid dtg makan...aduhai ramainya. Kepenatan jelas terpancar kat muka2 yg memasak dan menguruskan mjlis ni. Apa lagi aku pun turut sama. Walaupun penat tp puas dn enjoy!!!.... Nak dceritakan plak raya ketiga, aduhai sana sini ada kenduri kawin... Semua org nak kawin. Aku bila lagi ye?? Hehehehehe.... Hari raya ke-3 ni, aku habiskan dgn pegi kenduri2 kawin yg djemput. Hahahaha.....raya keempat masak dan kenduri lagi. Mak aku masak nasi minyak dan gulai daging kerutuk utk majlis hari raya kat masjid. Time ni pagi2 lagi dah kena bangun tolong dan prepare apa yg patot..ye la mjlis makan2 start pkul 11 pagi. Kalut juga time tu tapi rasa mcm profesional plak masak2. Hehehehe.... Tp time pegi masjid utk hidangkan makanan rasa malu juga sbb jumpa makcik2 je dan yg lelaki pun blh tahan juga. (gedik....) 

Apapun hari raya korban ini mengajar kita tntang erti pengorbanan kerana perintah Allah. Sedangkan kita umatnya yg dilahirkan tnpa sebarang bayaran dan diminta upah tp kekadang kita always leka dan alpa utk menunaikan segala kewajipan dan perintahNya. Subhanallah, sama2 kita doakan agar segala yg kita lakukan selama ini diredhai dan diberkati oleh Nya. Amin....






Monday, November 22, 2010

Harapan, Impian & Cita-Cita



Bberapa hari lagi, hari konvokesyen akan berlansung. Hari yg diimpikan dan dinantikan, bukan sahaja aku tp semua yg bgelar student. Sukar digambarkan dgn kata dan diluahkan oleh bibir utk berbicara. Setelah 3thn menuntut ilmu dan mengutip sebanyak yg mungkin pengalaman dan pengajaran, akhirnya hari kemenangan bakal menjelma. Bermacam dugaan dan cabaran telah ditempuhi sepanjang 3thn ini bukan terlalu senang utk ditempuhi tanpa adanya semangat dan kesabaran yg tinggi. Namun segalanya tlh berjaya diharungi dgn berkat doa keluarga tercinta, sokongan teman-teman yg tak pernah lelah memberi semangat, dan pensyarah-pensyarah yg tlh banyak bekorban utk memberi ilmu sebanyak yg mampu serta tak alpa utk mengingatkan tentang erti sebuah kejayaan. Aku berterima kasih pd semua yg hadir dan menjadi tulang belakang sehingga aku mampu berdiri dgn baik dan menjadikan siapa aku hari ini. Tanpa mereka tak mungkin harapa, impian dn cita-cita akan tercapai. Terima Kasih! Kalian amat bermakna dlm diari perjalanan hidup ini.

Aku masih ingat sebelum kaki ini melangkah ke universiti, bermacam cara tlh aku lakukan utk berjaya dan lulus dlm setiap pelajaran, bermacam benda tlh aku korbankan demi utk meraih tempat mnjadi pelajar cemerlang di sekolah dan bermacam kata-kata semangat tlh aku tanamkan dlm diri supaya mnjadi sumber motivasi utk terus melangkah mencapai kejayaan. Semuanya hanya krn harapan utk berjaya dlm spm, semuanya hanya krn impian utk memasuki universiti dan semuanya hanya krn cita-cita utk menjadi seorang yg berjaya. Semuanya hanya krn harapan, impian dan cita-cita.

Pelajar lain mungkin tlh di anugerahkan dgn kecerdikan dan akal yg pintar tp tdk malu utk aku akui bhawa diri ini tdk dilahirkan dgn kecerdikan dan kepintaran namun aku tlh dinaugerah semangat yg tak pernah pudar dan tak pernah padam yg membuatkan aku terus berusaha dan berusaha utk mencapai segala yg aku inginkan...


Pada usia remaja time sekolah menengah, ramai kengkawan sana sini bercerita ttang cinta, kasih dan sayang. Apabila berkumpul dgn geng perempuan, ada shj cerita cinta mereka yg nak share bersama. Segalanya tentang cinta. Aku hanya mendengar tatkala kawan bcerita tntang cinta mereka, aku hanya tersenyum tatkala kawan ajak ikut sama berdating dan aku hanya pandai berdalih tatkala kawan bertanyakan tntang cintaku. Hahahahaha.....kenangan di zaman sekolah terlalu indah dan manis utk dikenang. Bukan tdk pernah wujuh perasaan utk merasa apa itu cinta di zaman sekolah. Bukan tdk pernah terlintas difikiran bhw diri ini terlalu jemu dan penat utk study, study dan study. Tp segala yg aku lakukan hanya krn tdk ingin leka dan memusnahkan segala harapan, impian dan cita-citaku.




Alhamdulillah segala pengorbanan dan penat lelah yg tlh aku harungi, akhirnya aku adlh di antara senarai pelajar cemerlang di sekolah. Aku tdk minta pujian dr sesiapaun tp aku hanya bangga pd diri sendiri krn aku mampu menahan diri ini drp leka dgn ujian jiwa remaja. 

Kekadang aku terfikir knapa diri ini terlalu ghairah mengejar kejayaan namun aku sedar apa yg aku lakukan hanya krn aku ingin berjaya dan menjadi org yg berguna pd keluarga, agama, masyarakat, dan juga negara. Aku ingin bekerja dan memiliki segalanya dgn hasil aku sendiri. Kerna aku sedar dunia pada hari ini terlalu kejam dan zalim utk di adili. Dunia  hari ini hanya memandang pd pelajaran, pangkat, dan harta. Tp ini tdk bermaksud bhw aku bsikap materialistik. Ini krn aku pernah merasakan pedihnya kemiskinan yg teramat, aku pernah merasakan tajamnya penghinaan, dan aku juga pernah merasa betapa sedihnya diri seseorang tanpa ilmu dan pelajaran. Aku tlh merasakan segalanya sehingga aku nekad utk merubah segalanya. Hidup ini perlu berubah demi kebaikan dan kejayaan bukan krn keburukan dan kehinaan.



Setelah keputusan IPTA diumumkan, aku diantara beribu student yg tlh berjaya meraih tempat di universiti tempatan. Alhamdulillah, syukur pada-Mu Ya Allah.....Kau tlh hadiahkan aku sebuah sinar harapan utk mencapai impian dan cita-citaku. Aku ditawarkan meneruskan pengajian di peringkat diploma di Universiti Teknologi Mara dlm Fakulti Seni Lukis & Seni Reka. Universiti dan fakulti yg aku impikan dr sejak sekolah. Alhamdulilah, syukur.....

Pertama kali kaki ini melangkah ke dunia yg bergelar mahasiswa dan mahasiswi, terlalu sukar dan banyak dugaan yg perlu diharungi dgn penuh kesabaran dan ketabahan. Namun alhamdulillah, segala pahit dan manis yg tlh dilalui, aku bersyukur krn berjaya mnghabiskan pelajaran peringkat diploma dalam jurusan Teknologi Percetakan. Segala ilmu dan pengalaman yg berjaya aku kutip, tdk mudah utk dilupakan begitu saje. Segalanya tersemat dlm memori ingatan ini utk sepanjang hayat.


Kawan-kawan seperjuangan dan juga pensyarah-pensyarah yg banyak membantu dn terus bersabar utk sama-sama memimpin impian sehingga ke landasan terakhir iaitu sehingga semester enam. Walaupun banyak salah faham tlh berlaku dan perselisihan pendapat diantara teman-teman seperjuangan, namun perasaan sayang dan kasih tetap wujud dan mereka adalah memori terindah kepada permulaan sebuah kejayaan. Dengan hadirnya konflik di antara satu sama lain tlh mengajar kita semua tentang erti persahabatan yg sebenar.


Teman seperjuangan


Pensyarah Jabatan Teknologi Percetakan


Bukan senang utk menghabiskan enam semester tanpa ada sebarang kegagalan. Tapi semuanya krn keizinan Tuhan yg sentiasa mendengar segala luahan hati, yg sentiasa mendengar segala tangisan tatkalan menadah memohon kepadaNya, dan sentiasa mendengar segala penat lelah dan pengorbanan yg tlh dilakukan hnya krn sebuah harapan, impian dan cita-cita....


Monday, November 15, 2010

Hazel vs Hazelnut

"HAZEL"

Diklasifikasikan sbg "eyes color" n hazel ni juga ada berbagai meanings... Apapun hazel eyes merupakan satu definisi yg lebih tepat. Based on science, hazel eyes ni adlh gabungan drp semburan Rayligt di sempadan iris. So, bcoz that la iris mata akan mengesel dan menghasilkan color mata spt coklat, green, n blue. Actually jarang org yg mmpunyai hazel eyes dan kebanyakan people yg ada hazel eyes adlh from Timur Tengah, Eropah, Amerika Utara, Indian Utara, Iran, Afganistan dan Utara Pakistan. Inilah "anugerah tuhan".  For information, org yg memiliki mata hazel lbh sensitif pada cahaya matahari. Sometimes pabila hazel eyes terkena pd cahaya matahari, warna mata akan berubah. For example, drp warna mata coklat tua akan berubah kpd coklat muda atau warna keemasan pabila terkena pancaran matahari.
 


"HAZELNUT"

Hazelnut b'asal drp "pokok hazel" dan kebiasaanya slalu dituai pd musim gugur. Actually setiap kali musim gugur menjelang, buah hazelnut akan menutupi dan memenuhi pokok hazel. Umumnya, pekerja ladang tdk akan mengoncang or gunakan peralatan lain utk menjatuhkan buah hazel tsebut but, akan menunggu ianya jatuh ke tanah dgn sendirinya. Itulah keunikannya...


pokok hazelnut


pokok hazelnut


Actually hazelnut adlh makanan yg bkhasiat utk diet yg seimbang. Walaubagaimanapin, hazelnut kaya dgn minyak dan 60-70% drp hazelnut adlh merupakan minyak semata2. Namun minyak dlm kandungan hazelnut bukannya berbahaya pd kesihatan tp mmberikan sumber protein, karbohidrat, beta sitosterol dan juga vitamin E yg penting utk jantung dan melindungi tubuh drp penyakit janting dan kanser. Tambahan pula Vitamin E yg tdapat dlm hazelnut dpt membantu seseorang yg menghidap penyakit anemia.

Setakat hari ini, Turki yang mempunyai kilang hazelnut terbesar di dunia dan negara lain yang turut komersial hazelnut adlh Itali, Amerika Oregan dan Washington.Secara kesimpulanya, hazelnut tdk terdapat di seluruh negara malah ianya hanya tertumpu di sesetengah negara sahaja kerana ianya lebih sesuai pd musim gugur.


  buah hazelnut


 choclate hazelnut


 cake choclate hazelnut 


 muffin hazelnut  


 biscuit hazelnut  


 ice blended hazelnut  


 cake hazelnut  






Salam perkenalan

Hai, setelah sekian lama berkira2, menghitung hari dan waktu, akhirnya.....BLOG SAYA dpt juga disiapkan. ALHAMDULILLAH.... Bukan tak mahu dan bukan jua tak cukup kata2 untuk diluahkan tapi KESIBUKAN always mencemburui utk memuntahkan idea, kata2 dan segala rasa yg dapat share bsama blogger lain. Dream sy utk jadi sorang PENULIS belom tercapai, so harap2 dapat la juga drp xda lansung. First time ni rasa la janggal juga sbb dah biasa dgn media lain so tetiba nak biasakan dgn blog. Apepun, WELCOME TO MY BLOG. Hope blh la sama share... NICE TO MEET U ALL


"HAZELNUT" mesti ada yg tertanya why gunakan hazelnut kan? Hehehe.....nothing to say but sy tak dpt mengenalpasti why sy ni suka sgt dgn nama "hazel". My facebook, frienster n myspace semuanya ada nama hazel. Pelik tp itulah kebenaranya. Mybe, yg mengenali pasti tahu why i like this name. hehehe.... Actually hazel tu blh dikategorikan utk warna, dan juga coklat. Tp apa yg pasti hazel biasanya like brown color..


Tidak terlalu lambat utk memperkenalkan diri. Nama sy NORALIZA. Merupakan anak kelahiran kelantan. "Anak jati kelate". hehehe.... Actually, stay kat Shah Alam utk menuntut ilmu. Pabila difikirkan, penat juga asyik belajar je dan jauh perjalanan dr Kelantan ke Shah Alam. But PENGORBANAN demi mencari ilmu untuk bekalan masa hadapan itu yg penting. Dunia pada hari ini sangat mementingkan ilmu untuk berdiri dan bangun dengan megahnya.... Walaupun nampak agak kejam statement tu, tp itulah HAKIKAT DUNIAWI!. :))