Raya haji kali ini datang lagi dan alhamdulillah krn msh dikurniakan umur yg panjang utk menemui kedatangannya kali ini.Walau apapun, hari raya haji mengingatkan kita tntang kisah pngorbanan Nabi Ibrahim krn menunaikan perintah Allah dan sanggup mengorbankan anaknya Nabi Ismail. Nabi Ismail begitu sabar dan mengikut perintah ayahnya Nabi Ibrahim hanya kerana Allah walaupun akan mngorbankan nyawanya sendiri.
Subhanallah....masih adakah manusia pada dunia hari ini yg sanggup bekorbankan apa yg mereka sayangi hnya krn Allah??? Rata2 yg kita lihat pd fenomena dunia hari ini terlalu mengikut kata hati blandaskan nafsu yg membuta tanpa berlandaskan pegangan dan perintah Allah.Saya juga sering mngingatkan diri sendiri bhw kezaliman dan sikap pentingkan diri tlalu bermaharajalela... sehinggakan sifat belas kasihan dan prhatin semakin tengelam dr dunia realiti.
Pd hari raya korban, semua umat islam disunatkan mengenakan pakaian yg plg cantik tp bukan utk mnunjuk2, plg bersih dan juga memakai wangian yg sah utk dbawa solat.Hari Raya korban merupakan pd hari kesepuluh pd bulan Zulhijjah iaitu bulan terakhir dlm kalendar islam. 10 zulhijjah juga mngingatkan kita tntang peristiwa penting dlm sejarah islam iaitu ketika Nabi Adam dan Hawa dikeluarkan dr syurga lalu dturunkan ke bumi secara berasingan. Selepas itu, di padang Arafah menyaksikan pertemuan ptama kali antara Nabi Adam dan Hawa selepas dturunkan ke bumi.
" Tiada amal anak Adam yg lbh disukai Allah pd Hari Raya Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya, binatang yg dkorbankan itu akan dtg kembali pd hari khiamat lengkap dgn tanduk, bulu dan kuku kakinya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelom darah daging itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yg kamu lakukan."
(Hadis riwayat At-Tarmizi)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari Raya Aidiladha pd kali ini lebih bmakna bg keluarga coz dah btambah 2 org dlm keluarga. Pertama aku dh ada adik ipar dan kedua aku juga ada anak buah yg comel dan cute.. Hehehehehe.... Seperti kebiasaan, setiap kali raya pasti ada sesi bersalaman dan memohon maaf. Biasa la, kadang2 tak sedar time bercakap dn perbuatan kita tu menyakitkan hati org lain. Whatever, mohon maaf kpd semua di atas segala kesilapan dan kesalahan diri ini... Seperti kebiasaan tahun sebelum ini juga, pasti akan ada binatang yg dikorbankan. Sembelihan lembu di buat hadapan rumah aku. Wow agak meriah... I like...
Keluarga tercinta
Bersama sanak saudara
Adik, adik ipar dan anak buah
Bersama anak buah tersayang..
Apa yg paling best setiap kali Hari raya Haji adlh slepas sembelihan dlakukan dhadapan rumah oleh pihak lelaki. Yang sebelah pihak perempuan sibuk dgn rempah ratusnya, masak pe yg patot dan ready utk ambil sebahagian daging sembelih utk dimasak. Apa lg, aku pun sama sbukan diri menolong apa yg patot wlaupun tak da la pndai sgt memasak.. :)) Slepas habis penat memasak, kami semua sanak saudara yg hadir akan makan sama2. Ermmmmm meriah sgt time ni....yg dekat akan drapatkan dan yg jauh akan ddekatkan.Silaturrahim mula terjalin...
Td baru hari raya pertama, raya kedua plak buat lagi kenduri akikah. Panggil org masjid dtg makan...aduhai ramainya. Kepenatan jelas terpancar kat muka2 yg memasak dan menguruskan mjlis ni. Apa lagi aku pun turut sama. Walaupun penat tp puas dn enjoy!!!.... Nak dceritakan plak raya ketiga, aduhai sana sini ada kenduri kawin... Semua org nak kawin. Aku bila lagi ye?? Hehehehehe.... Hari raya ke-3 ni, aku habiskan dgn pegi kenduri2 kawin yg djemput. Hahahaha.....raya keempat masak dan kenduri lagi. Mak aku masak nasi minyak dan gulai daging kerutuk utk majlis hari raya kat masjid. Time ni pagi2 lagi dah kena bangun tolong dan prepare apa yg patot..ye la mjlis makan2 start pkul 11 pagi. Kalut juga time tu tapi rasa mcm profesional plak masak2. Hehehehe.... Tp time pegi masjid utk hidangkan makanan rasa malu juga sbb jumpa makcik2 je dan yg lelaki pun blh tahan juga. (gedik....)
Apapun hari raya korban ini mengajar kita tntang erti pengorbanan kerana perintah Allah. Sedangkan kita umatnya yg dilahirkan tnpa sebarang bayaran dan diminta upah tp kekadang kita always leka dan alpa utk menunaikan segala kewajipan dan perintahNya. Subhanallah, sama2 kita doakan agar segala yg kita lakukan selama ini diredhai dan diberkati oleh Nya. Amin....